Kalkulator Ar Rahnu

Kalkulator Emas Ar Rahnu
Kedai  Emas Video Emas Emas Borong
Definasi yang digunakan oleh Pajakkan Syariah Ar Rahnu

“Penggadai (al-raahin)” ertinya seseorang individu yang menggadaikan
barangnya kepada pengusaha Ar-Rahnu koperasi dan meminjam sejumlah wang dari
gadaian tersebut;

“Akad” ertinya majlis penyerahan dan penerimaan barang gadaian;
“Barang gadaian (marhun)” adalah barang emas yang boleh digadaikan
kepada koperasi dan boleh dijual beli;

“Nilai barang gadaian (nilai marhun)” ertinya harga barang gadaian yang
telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas;

“Pemegang gadai (al-murtahin)” ertinya orang yang memegang barang
gadaian iaitu koperasi; dan

“Penaksir” ertinya pegawai yang bertanggungjawab menjalankan penilaian
barang gadaian tersebut.
Sistem kewangan Islam pada masa kini telah diperluaskan kepada pembiayaan pajak gadai sebagai usaha untuk menghapuskan riba dan gharar (ketidakpastian).

Tujuan utamanya adalah untuk menghapuskan hasil bunga (faedah) yang dikenakan oleh pemilik pajak gadai sebagai ganjaran daripada wang tunai yang dipinjamkan.

Objektif utama aktiviti ini adalah seperti berikut:
(a) menyediakan keperluan kewangan yang mudah dan cepat kepada peniaga-peniaga kecil untuk dijadikan sebagai modal pusingan;

(b) menyediakan sumber kewangan alternatif kepada skim pajak gadai konvensional;

(c) membolehkan individu memperoleh kewangan yang lebih efektif dari segi kos tanpa perlu meminjam daripada saluran yang mahal seperti “ah long”,“ceti” atau syarikat peminjam wang;

(d) membangunkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat berpendapatan rendah dengan berperanan sebagai:
(i) modal kepada perniagaan kecil;
(ii) pembiaya pendidikan; dan
(iii) pembangunan dalam industri kecil dan sederhana.

5. Perbezaan utama antara sistem gadaian secara Islam dan konvensional ialah dalam kes gadaian secara Islam, barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal walaupun ia telah digadaikan. Cara pembayaran balik marhun tersebut adalah
berdasarkan kepada nilai marhun dan upah pemegangan yang sewajarnya. Sistem gadaian ini adalah berkonsepkan amal jariah dan bantu-membantu bagi individu yang memerlukan untuk meringankan bebanan mereka.

6. Dalam sistem gadaian konvensional, barang yang digadaikan mengikut amaun tertentu akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian. Cara pembayaran balik pula adalah berdasarkan kepada nilai barang dan ditambah dengan faedah atau
riba. Amalan sebegini pasti membebankan individu yang memerlukan kerana mereka perlu membayar faedah yang dikenakan dan ia jelas melibatkan unsur-unsur riba dan gharar.